yea..yea..dapat adiah |
Assalamualaikum semua......
Semoga semua kawan2 sihat sejahtera........
Sebenarnya dah lama nak post N3 ni...tapi apa kan daya.....mood tak der (alasan kan!!!!!)
Hari Khamis minggu lepas aku dapat hadiah dari opismate aku...si wani.....
nak tahu apa yang dia hadiahnya......
Jeng..Jeng...Jeng......
Nilah adiahnya....
Nilah adiahnya......Terima kasih wani....semoga lagi murah rezeki u ...... |
T.Q yea wani...I lap u So Much........
So Sesiapa nak dapatkan tungku baby yg comel ni leh dapatkan kat My Permata Hati Shop kat Bangi nun.....
Kat sini aku nak share gak khasiat dan kegunaan tungku baby ni...
Jom Layan...
Tungku bayi khusus untuk kegunaan bayi baru lahir...
Bahan utama: Habbatus Sauda...
Kegunaan: Amalan tuam bayi dilakukan selepas mandi untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut.
Cara Guna
1- Tekapkan tungku pada seterika yang panas. Pastikan tungku tidak terlalu panas.
2- Kemudian, tuam di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki bayi selepas mandi.
3- Sebelum simpan di dalam plastik/bekas, pastikan tungku bayi ini benar-benar kering.
* Boleh juga digunakan untuk tuam di bahagian yang telah dicucuk imunisasi untuk mengelakkan bengkak.
CIRI-CIRI
* Mudah diguna dan dibawa kerana bersaiz kecil
* Ukuran/Saiz: 8cm (tinggi) x 6cm (lebar)
* Menggunakan kain 100% cotton flannel
* Kandungan: Habbatus Sauda
* Tahan lama jika dikeringkan sebelum disimpan di dalam bekas
KEGUNAAN KHAS UNTUK BAYI
* Mengelakkan bayi daripada kembung perut
* Mengelakkan bengkak selepas cucuk imunisasi
Sajelahkan...aku nak kongsi sikit tradisi warisan orang tua2 dolu-dolu yang kembali dipraktikkan di zaman moden sepertimana juga penggunaan barut bayi. Apa salahnya kita menggunakan tradisi lama yang baik untuk bayi kita daripada kita menanggung masalah baby meragam ketika di dalam pantang. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana sukarnya mengatasi masalah apabila baby kembung perut atau tidak lawas buang air besar. Bila baby menangis sepanjang hari, memang gelabah kita dibuatnya, terutama bagi ibu2 yang baru pertama kali melalui pengalaman anak pertama cam aku ni.....nak-nak pulak My Hubby Buzy twenty four seven.....huhuhuhuuuu
Tungku ni gak boleh dituam di sekitar pusat bayi untuk mengecutkan pusat bayi dengan lebih cepat dan mengelakkan pusat bayi tersembul keluar. Apapun kena rajin tuam sambil urut keliling pusat bayi dengan cara membuat pusaran. Susah jugak nak cerita benda2 yang praktikal ni Coz aku tak der pengalaman.....ni pun aku kutip dari pengalam senior2.....ape pun sebelum tuam tu, sapukan dulu minyak telon atau apa sahaja minyak yang sesuai utk perut baby. Jangan gunakan sebarangan minyak contohnya minyak yang kita tahu panas dan tidak sesuai utk bayi.
Apa yang penting adalah pencegahan awal daripada kita menanggung akibatnya. Baby kita adalah permata hati kita. Bila dia sakit kita juga akan merasa kesakitannya sama. Tungku ini boleh disimpan dan digunakan hingga anak yang seterusnya kerana apabila proses pemanasan sentiasa berlaku, ia membantu mengeringkan herba2 di dalam. Simpan di tempat kering yea, jgn letak kat dapur..no..no..no....
Keylah sampai jumpa lagi...
Chow....
0 comments:
Post a Comment