Selamat Datang ke BLoq Hamba yang tidak sepertinya ini....Semoga kita dapat berkongsi apa yang patut.
RSS

Friday 18 March 2011

Tanda - Tanda Hampir Bersalin

Assalamualaikum semua.......
Tengah tak der Mood nak buat kijer ni.....kijer manyak tapi tulah.....tengah cari mood nilah...maklumlah hari ni kan ari Jumaat..hehehehe alasan kan.....

Jom ari ni kita kongsi tanda-tanda hampir bersalin......sajer jer dok explore MR Google terjumlahlah artikel ni...so jom sama2 kita layan.....

Antara tanda-tandanya.......

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
kalau ikut chek up last ari tu..nurse memang kata kepala baby dah kat bawah
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim 

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
yang ni memang sesangat2 lah kerap......baik berjalan dari duduk...huhuhu
nilah senaman yang dicadangkan semasa aku ikuti class kat KPJ ari tu..jom bersenam

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
 
ninoninoninoninoooooooo....

So Far semua tanda2 tu tak derlah lagi...tapi aku tengah berjaga2 ni.....minggu ni kandungan aku dah 36 Minggu......cuma kadang2 terasa sakit cam senggugut tu jelah....tapi tak panjang kejap2 jer.....tak sabar nak G Chek Up minggu Depan.....

Mintak2lah aku bersalin lepas Diq Mark aku bertunang..kalau tak huru-hara Majlis Tunang adiq aku nanti....hahahhaha......tapi kalau terberanak masa tu...nak buat camno..tak dapek nak nolong..(jangan mare yea mark....cobaannnnn.....)


jangan mare yea mark..tak pe ape2 pun long tetap sponser cake....
Keylah Jumpa lagi...Chowwww

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

eida yue said...

ada la tnda2 tu.. yg last skli kat ats tu.. kuat kntut.. hahhaha

Rosejaja said...

tapi yang herannya...a.kie pun kuat kentut gak....apa kah tandanya itu????hehehhee

Powered by Blogger.