Assalamualaikum semua....
Semoga semua kawan2 sentiasa sihat sejahtera disamping keluarga n teman tercinta....
Dalam dok menunggu hari ni....macam2 perasaan yang melanda ati dan jiwaku.....malam-malam satu hal dah tak leh tido.....datang opis pun asyik membuta jer.....banyangkanlah tengah2 dok buat kijer boleh aku tersengguk-sengguk...tapi ada gak terlena kat kerusi aku ni...masalahnya lena tak lama sebab nanti ena n zati or kak mai akan kejutkan aku coz berdengkur......huhuhuhuhuuu..malulahhhhh..tapi nak buat cam ner......tebalkan jelah muka.....ni pun ada rasa cam nak terpejam jer mata niiii....
Ari ni chekup lagi kat Klinik...so cam biasalah...tak der masalah.....cuma kena tegur bab carta pergerakan baby jer.....ni ayat misi ari ni " pandai yea anak awak bergerak statik jer..pandai dia tengok jam...asal kul 4.00 or 4.30 cukup 10 kali gerak yea...." adus tersentap gak aku..walaupun ayat dia lembut tapi menikam tuuuuu.....yelah aku main agak jer..agak pun memang camtu dia gerak nak buat cam ner.....nasiblah labuuuuuu......hehehhee....mintak2lah minggu depan tak g klinik dah......semua dah tak sabar nak tunggu baby mummy n papa niiii.....semoga semuanya dipermudahkan...AMIN.....doakan yea kawan2........
Ari ni kita kongsi sebab n tips elakkan dengkur....
Apa itu berdengkur
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Penyebab dengkur
- Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara.
- Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.
- Terlalu letih.
- Minum banyak minuman keras sebelum tidur.
- Masalah saluran pernafasan.
- Mengalami masalah apnea.
Cara mengatasi dengkur
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Ni lak Petua Kurangkan Dengkur.....
Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
TAMBAH DENGAN |
Keylah kengkawan sampai jumpa lagi.....
Chow Chin Chowwww......
0 comments:
Post a Comment